November 2017 - Prubsn Takaful Agent Prubsn Takaful Agent: November 2017
RIDER PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL DI AWAL STAGE HANYA DI AIA PUBLIC TAKAFUL

RIDER PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL DI AWAL STAGE HANYA DI AIA PUBLIC TAKAFUL


PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL DI AWAL STAGE HANYA DI AIA PUBLIC TAKAFUL


Rider Medikal Kad : 
Pelan Penyakit Kritikal Takaful : 


Dalam kebanyakkan polisi untuk penyakit kritikal / critical illness, pampasan hanya dibayar pada tahap 3 @ 4 sahaja (Stage 3 @ 4).

Sekiranya seseorang pemegan polisi didiagnos mengidap kanser pada tahap 1(stage 1), pemegang polisi tidak akan menerima apa-apa pampasan memandangkan keadaan sakit tersebut tidak memenuhi syarat-syarat polisi penyakit kritikal.


Memandangkan belanja paling perlu untuk meneruskan hidup adalah pada peringkat awal penyakit kritikal, Takaful telah memperkenalkan pelan 95 Early Critical Illness. Pelan ini boleh di dapati dalam bentuk Standalone atau pun dalam bentuk Rider kepada pelan Unlimited Medical Card .


Dengan Pelan ini juga, anda boleh mendapatkan belanja tambahan jika memerlukan wang perbelanjaan rawatan penyakit kritikal dari peringkat awal lagi.


Kelebihan Pelan 95 Early Payout Critical Illness  ini :


Faedah-faedah akan di bayar mengikut 3 tahap keparahan yang berlainan:

Keparahan Ringan (Low Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Ringan.

Bayaran = 30% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Keparahan Sederhana  (Medium Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Sederhana.

Bayaran = 60% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Keparahan Serius  (High Severity)
Faedah akan dibayar apabila Orang Dilindungi menjalani pembedahan yang dilindungi atau bila didiagnoskan menghidap penyakit kritikal tahap Keparahan Serius.

Bayaran = 100% daripada Jumlah Asas Perlindungan.

Faedah-Faedah lain :

1)Faedah tambahan sebanyak 20% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar apabila Orang Dilindungi
didiagnos dengan Penyakit Berkaitan Diabetis.

2) Faedah tambahan ini tidak akan mengurangkan pembayaran Jumlah Dilindungi. Tiada lagi faedah yang akan dibayar di bawah Penyakit Berkaitan Diabetis sebaik sahaja Jumlah Dilindungi telah dibayar 100%.

3)Tempoh Menunggu tidak dikenakan di antara tuntutan.

4) Caruman yang dibayar melalui pelan ini boleh melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi di mana ia tertakluk
kepada keputusan akhir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Soalan PENTING! Apa Beza ECI ni dengan Medical Card?


Ramai juga yang masih rasa keliru dan bertanya "Apa beza antara perlindungan penyakit kritikal dan perlindungan perubatan (Medical Card)" ?

Medical Card : Bila anda masuk hospital, segala perbelanjaan perubatan anda ditanggung syarikat takaful/insurance. Tak kisah lah masuk hospital sebab accident ke, sebab sakit influenza ke atau sebab penyakit kritikal . Anda tak perlu risau, Your hospitalization bill is taken care off!

Medical card menjelaskan kos rawatan disebabkan kemasukan hospital dengan kemudahan "Guarantee Letter". Payment will be made directly to hospital.

Critical Illness Policy : Memberi Pampasan (bergantung kepada sum assured)  apabila disahkan mengidap penyakit kritikal. Satu bayaran lump sum akan diberikan kepada polisi holder. Critical illness policy adalah umpama ATM Machine yang memberikan wang apabila disahkan mengidap penyakit kritikal.

Realiti kehidupan, apabila seseorang disahkan mengidap penyakit kritikal contohnya "coronary artery by-pass surgery", pesakit masih perlu bekerja untuk mencari nafkah dan membayar perbelanjaan seperti biasa. Tapi dalam banyak kes, pesakit perlu berehat beberapa bulan dan tidak dapat bekerja.

Bila tidak bekerja, gaji pun tiada. (Kalau cuti sakit melebihi 3 bulan syarikat tidak akan membayar gaji. melebihi 6 bulan, syarikat boleh decide utk terminate pekerja)   This is where Critical Illness policy come into picture. While you take care of your health, let Critical illness policy take care of your regular expenses!

So, it is very important to ensure you have sufficient amount of critical illness coverage.

Lebih PERFECT 10 kalau anda ada:
Unlimited lifetime limit medical card + ECI!

Medical Card Keluarga AIA Public Takaful Malaysia

Medical Card Keluarga AIA Public Takaful Malaysia



Terdapat 2 jenis Pelan untuk Family iaitu Medical Card Family Standalone dan Medical Card Family with Investment (Recommended).

Secara ringkasnya:

Medical Card Family Standalone = Murah Tapi Harga Sentiasa Meningkat dari masa ke semasa selari faktor risiko umur. Sesuai untuk dijadikan insurans medical card untuk ibubapa yang sudah tua (jangka pendek) atau jika ibubapa ingin melancong ke luar negara.

Medical Card Family with Investment = Harga Tetap dan lebih banyak kelebihan. Sangat recommended. Lebih komprehensif dan lengkap coveragenya.



HARGA MEDICAL CARD KELUARGA TAKAFUL STANDALONE

PAKEJ A-Life Med Regular-i

Secara amnya plan ini memberikan perlindungan tanpa limit sepanjang hayat, had tahunan RM100,000 dan bilik penginapan RM150 sehari.Jika anda upgrade bilik penginapan, anda hanya bayar sendiri lebihan bayaran bilik sahaja dan tiada penalti. Harga dibawah mengikut usia suami atau isteri yang mana lebih muda.Harga disini adalah untuk sepasang suami isteri dan maximum 4 orang anak (ketogari anak adalah anak sendiri, anak tiri dan anak angkat yang sah). Ade juga yang tanya saya jika anak ade lebih,5 orang contohnya. Jawapannya hanya 4 orang cover, yang ke lima tak cover. Terpaksalah ambil insurans individu yang jauh lebih murah. Janji cover...jangan tak cover.

Usia 21 – 29: Hanya RM341 sekeluarga sebulan
Usia 30        : Hanya RM348 sekeluarga sebulan 
Usia 31 – 35: Hanya RM351 sekeluarga sebulan
Usia 36 – 39: Hanya RM378 sekeluarga sebulan
Usia 40:         Hanya RM390 sekeluarga sebulan
Usia 41 – 45: Hanya RM420 sekeluarga sebulan
Usia 46 – 50: Hanya RM497 sekeluarga sebulan
Usia 51 – 54: Hanya RM547 sekeluarga sebulan


* Harga diatas adalah untuk plan yang paling minima sahaja. Insha'Allah
* Harga dikemaskini 2015 dan telah termasuk GST 6%.
** Apabila anak anak telah dewasa iaitu lebih daripada usia 23 tahun, maka anda perlu down-grade package keluarga pada package pasangan suami isteri yang harganya lebih rendah dari package keluarga. Ini adalah kerana anak-anak berusia 23 tahun tidak dianggap tanggungan lagi (dah boleh tanggung anak orang hehe).

Pada ibubapa yang sudah berusia lebih daripada 45 tahun, kadang kadang ianya lebih menjimatkan dan murah jika anda mengambil medical card individu berbanding keluarga. Namun ianya bergantung pada jumlah ahli keluarga anda. Sila hubungi saya supaya saya boleh buatkan satu proposal untuk anda.

Contoh Senario:


Katakan Abu (berusia 46 tahun) dan isteri beliau Aisyah (berusia 34 tahun) dan mereka mempunyai 4 orang anak. Maka ahli keluarga Abu adalah 6 orang keseluruhannya. Katakan beliau memilih package medical card keluarga takaful (lihat Bahagian 2 diatas) untuk keluarga beliau, maka berdasarkan usia isteri beliau (pilih pasangan yang paling rendah antara suami isteri), harga berlandaskan carta diatas adalah:

Usia Aisyah : 34 tahun dan HARGA medical card tanpa limit sepanjang hayat RM497 sebulan. Dengan harga serendah RM497 sebulan, Encik Abu mendapat perlindungan RM100,000 untuk setiap ahli keluarga atau bermakna dia mendapat perlindungan RM600,000  ringgit sekeluarga setahun dengan hanya membayar RM497 sebulan! Dan tiada ko takaful dikenakan pada beliau.

Brochure untuk Pelan Medical Card Family Standalone 


HARGA MEDICAL CARD KELUARGA TAKAFUL + TAKAFUL HAYAT + INVESTMENT

Pakej A-LifeLink-i

Dibawah adalah satu jadual contoh anggaran caruman bagi plan:


1. Medical card keluarga takaful tanpa limit sepanjang hayat dengan limit setahun RM100K dan Bilik Penginapan RM150 semalamam


2. Perlindungan takaful hayat RM50,000 (pampasan duit)


3. Perlindungan 36 jenis penyakit kritikal RM45,000 (pampasan duit)


4. Anggaran Simpanan Dalam 20 Tahun – simpanan dalam dana equity (unit trust)


1.   Usia 25 Tahun Hingga Usia 29 tahun – Anggaran Tabungan 20 tahun RM25,000 hingga RM35,000 : Bulanan RM415

2. Usia 30 Tahun Hingga Usia 35 tahun – Anggaran Tabungan 20 tahun RM20,000 hingga RM30,000 : Bulanan RM450

3. Usia 36 Tahun Hingga Usia 39 tahun – Anggaran Tabungan 20 tahun RM20,000 hingga RM30,000 : Bulanan RM515

4. Usia 40 Tahun Hingga Usia 45 tahun – Anggaran Tabungan 20 tahun RM20,000 hingga RM25,000 : Bulanan RM650

JIKA ANDA BERUSIA LEBIH 45 TAHUN, HUBUNGI SAYA DAN SAYA AKAN BUATKAN PROPOSAL KHAS UNTUK ANDA.


PERINGATAN UNTUK PELANGGAN AIA PUBLIC TAKAFUL

PERINGATAN UNTUK PELANGGAN AIA PUBLIC TAKAFUL




Tahniah kerana telah memilih AIA Public Takaful sebagai syarikat takaful yang melindungi diri anda dan keluarga anda. Salah satu syarikat insurans bertaraf ANTARABANGSA dan pelan yang ISLAMIK.

Medical card claim rejected
Claim Medical Card boleh di tolak / reject
Perhatian! Sila SAVE nombor ini. Anda mungkin tak perlukan sekarang, tapi apabila anda nak bertanya tentang medical card anda atau apa sahaja 24 jam, sila call nombor ini dan beri nombor IC anda (Sangat berguna bila anda nak suruh AIA cepatkan kelulusan GL anda masa tunggu sebelum masuk wad).

AIA Care Line 1300-88-8922
AIA Care Line Oversea +603 2056 1111

Juga sila Install dalam Android Handphone anda. Senang anda nak cari lokasi Hospital Panel AIA, no telefon hospital dan harga bilik di sana.


<< Sila INSTALL Apps = AIA LOCATOR dalam handphone anda! >>
<< Sila INSTALL Apps = AIA LOCATOR dalam handphone anda! >>
<< Sila INSTALL Apps = AIA LOCATOR dalam handphone anda! >>

Ada beberapa perkara yang sangat-sangat penting dalam memiliki Medical Card AIA Public Takaful:

1) Cooling Period. Anda boleh menarik diri/cancel ambil takaful dalam masa 14 hari selepas terima buku polisi+kad anda. Anda boleh maklumkan kepada saya jika nak cancel dan deposit anda dipulangkan semula (bukan serta merta, amik masa AIA pulangkan).

2) Cooling Period untuk syarikat insurans (AIA Public Takaful). Syarikat boleh menarik diri juga dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh polisi berkuat kuasa. Oleh kerana syarat ini, maka dinasihatkan kepada semua customer tidak membuat claim PENYAKIT KRITIKAL seawal 4 bulan dari tempoh polisi bermula/tarikh polisi berkuatkuasa. Adalah tidak logik penyakit kritikal hanya wujud dalam tempoh 4 bulan ini, melainkan anda dengan sengaja TIDAK DECLARE kewujudan penyakit tersebut (sama ada anda tau atau tak tau, bermakna penyakit telah wujud sebelum ambil polisi. Jadi polisi tak cover penyakit sedia ada!).

Dalam masa 4 bulan atau 120 hari ni, status penggunaan Medical Card adalah Pay and Claim (utk Warded dan Outpatient Kemalangan). Tak boleh masuk hospital free/Free Admission. So dinasihatkan teruskan pembayaran dan jangan guna dulu medical card anda untuk smooth kan rekod permohonan Medical Card anda (Anda kena faham, belum approve penuh lagi...masih dalam tempoh Cooling Period lagi ye). Untuk kes emergency, No Problem, contohnya= kene Demam DENGGI dan Kemalangan...

30 Hari Pertama = Cover Kemalangan sahaja (Pay and Claim)
31-120 Hari = Kemalangan DAN Warded Penyakit Disebabkan Virus (Contoh demam Virus/Viral Fever). Anda boleh Pay and Claim (Belum FREE lagi ye). Hati-hati, jika penyakit tersebut adalah bukan virus (berkemungkinan Penyakit Kritikal), dan mungkin kene reject dan kene tunggu result Doctor Medical Report.


Perlu diingat juga, supaya tidak claim penyakit berkaitan TONSIL dalam tempoh 4 bulan. Takut nanti akan di exclude/kecualikan kan daripada rawatan selepas ini. Dalam masa 4  bulan pertama sila maklumkan kepada saya sebelum masuk ke Hospital Panel. (sebenarnya bawah 2 tahun pun masih tak selamat untuk dapatkan rawatan berkaitan Tonsil...AIA pasti akan siasat rekod perubatan berkaitan tonsil anda sebelum luluskan GL. Recommendation saya, lepas 2 tahun baru try guna Medical Card untuk kes berkaitan Tonsil).

3) Pastikan urusan menggunakan Medical Card adalah JIKA ANDA ADMIT/MASUK WAD sahaja ye. Urusan rawatan pesakit luar atau rawatan 15 minit, 1-2 jam tidak di cover oleh Medical Card kecuali kemalangan (kemalangan kena Pay and Claim jika tidak warded).

Medical Card hanya boleh digunakan jika anda admit/masuk wad walaupun sehari! Jangan terkeliru ye.

4) Macam mana dengan situasi jika mengalami kemalangan (jalanraya, jatuh pokok, kene mesin dan apa-apa la jenis kemalangan) ? Ya, anda masih dilindungi walaupun KEMALANGAN bukanlah PENYAKIT. Anda akan dianggap sebagai Rawatan Pesakit Luar yang DI COVER walaupun TAK WARDED. Namun, anda perlu bayar terlebih dahulu dan claim kemudian (Pay and Claim). Ingat, kena bayar dulu dan claim kemudian.
5) Sila gunakan Hospital Panel sahaja melainkan anda mengalami KEMALANGAN dan URUSAN URGENT. Ini kerana anda terdedah kepada CLAIM DITOLAK kerana ada klausa-klausa yang tidak dilindungi oleh AIA. Dua keburukan menggunakan Hospital Bukan Panel:

i- Bayar sendiri dulu (gunakan cash atau credit card anda dahulu). Boleh claim kemudian, tapi bukanlah dapat dalam masa cepat. Ambil masa untuk diproses. Anda perlu bayar rawatan dan dokumen report doktor yang diperlukan untuk claim. Banyak kerja tapi selepas anda dapatkan dan bayar semua dokumen dan bil, barulah saya boleh bantu anda buat claim dari AIA.


ii- Mungkin claim akan ditolak kerana tidak memenuhi syarat boleh claim dan lain-lain lagi. Hospital Panel arif bab-bab ini dan senang berurusan dengan hospital panel. Mereka akan maklumkan jika ada klausa tidak dipenuhi sebelum rawatan atau caj dikenakan.

Nasihat saya...TOLONGLAH jangan berurusan di Hospital Bukan PANEL jika tak URGENT.

6) Bayaran Polisi anda adalah mengikut tarikh kelulusan oleh AIA. Jadi tak boleh nk pilih 25hb ke 1hb ke...cadangan saya ialah kita submit 3 hari awal dari tarikh yang tuan selesa nak bayar. Ini strategi sahaja.

Cuba tengok tarikh dan cara potongan AIA Public Takaful untuk Autodebit Akaun atau Credit Card:


Due Date
Tarikh Potongan
Cubaan Potongan Kali ke 2
Cubaan Potongan Kali ke 3
Cubaan Potongan Kali ke 4

04hb - 14hb
08hb
15hb
22hb
28hb
15hb - 21hb
15hbh
22hb
28hb
08hb
22hb - 28hb
22hb
28hb
08hb
15hb
29hb - 03hb
28hb
08hb
15hb
22hb

* Hati hati dengan Tarikh Due Date jika anda bayar secara Manual (maybank2u atau Kaunter AIA), kerana jika anda LEWAT BAYAR dari tarikh due date, berkemungkinan bila anda nak warded ada problem. So, jaga pembayaran masing masing untuk elakkan MASALAH. Bukan isu bayar tak bayar ya tapi ON TIME atau LEWAT. Elakkan konflik di masa hadapan atau masa susah nak guna Kad Perubatan nanti.

TANGGUNGJAWAB ANDA = Bayar POLISI ON TIME tarikh due date...jangan cari pasal. Dah banyak kes emergency bil ribu ribu tapi kene PAY AND CLAIM walaupun warded!!! sebab client bayaran tertunggak. Mohon jasa baik tidak ungkit kerana benda kecil seperti ni boleh menyukarkan situasi anda. Saya PESAN AWAL supaya kita beringat ye.


7) Sila POS SEGERA kepada saya jika dah dapat dokumen Medical Report (jika ada) dan Resit bayaran daripada Hospital. Ada KERANI akan proseskan segera claim anda. Isi Borang Claim Ini:
    A) Jika Claim sebab anda kemalangan        = Klik <SINI>
    B) Jika Claim sebab anda sakit masuk wad = Klik <SINI>

* Perlu di ingat, bil rawatan dan ubat ubatan (ubat rawatan sakit anda sahaja, kalau ubat untuk sokongan/kesihatan tambahan dan vitamin tak cover ye) boleh claim No Problem. Tapi.....kalau ada kes tertentu dan AIA tak percaya/ ragu ragu/ perlukan Pengesahan Medical Report daripada Doktor bertugas, maka anda perlu MOHON kepada Hospital Panel yang anda masuk (call pun boleh), untuk Mohon Dokumen Medical Report ini. KOS MEDICAL REPORT ditanggung oleh anda dan TAK BOLEH CLAIM. (akan dimaklumkan jika diminta...kalau tak minta, ok jer...claim proses terus...biasanya tak minta)

Pos segera ke:

attn: NOORASHIKIN(Urusan Claim) 
IMTIYAZ Al Fateh Empire
AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD
Jalan Wangsa Delima.Wangsa Maju.Kuala Lumpur
0147324987

7) Sentiasa bawa Medical Card anda ke Hospital Panel. Sangat sukar berurusan jika hanya bawa Kad Pengenalan. Jika hilang, segera maklumkan kepada saya untuk buat semula dengan kos RM10.60 (siap dalam masa 2-3 bulan! Lama ye...so jangan hilangkan).

8) Sediakan DEPOSIT RM300 ke RM500 ye nak Check in Wad Hospital Panel. Ya, macam Check in Hotel yang kita kene bayar RM50 ke RM100 tu..bila Check out die pulangkan balik. Tak Semua Hospital Panel Terima Kemudahan Swipe Medical Card AIA sebagai deposit. Nak buat macam mana, HAK HOSPITAL berkeras tak nak terima DEPOSIT dalam bentuk digital. Die nak jugak CASH DUIT anda tu...nanti bile check-out die pulangkan lah sebab DEPOSIT ni bukan duit rawatan.

9) Perhatian! Semua jenis rawatan SELAIN masuk wad, tidak di cover melainkan KEMALANGAN dan semua kemalangan yang tidak warded adalah JENIS PAY AND CLAIM ye. 

10) Jika Medical Card anda cover BILIK RM150...anda perlu faham, jika anda masuk bilik RM200, perbezaan RM50 anda perlu bayar sendiri dan TAK BOLEH claim. Pilihlah yang bersesuaian. Bilik wad hospital swasta ni macam Hotel juga. Bajet anda kurang, janganlah minta bilik 5 Star hehe. Jika anda nak upgrade harga bilik, sila hubungi saya (harga bayaran bulanan akan berubah lah ye..mestilah lagi mahal bilik, lagi mahal bayar bulanan). Ketika ini RM150 adalah harga normal tapi ada hospital tertentu yang harga lebih tinggi dan ada juga yang ada bilik bermula RM80 sahaja (Sila telefon Hospital Panel untuk semakan harga mereka. Macam telefon harga bilik Hotel juga).

11) Telefon dulu Hospital Panel tanya kekosongan wad sebelum pergi..jangan walk-in ye. Kadang-kadang penuh, sila ke hospital panel yang lain berhampiran. Tanya juga bilik yang available tu harga berapa? Matching tak dengan coverage bilik Medical Card anda? Rujuk senarai Hospital Panel


12) Bila nak masuk wad, sila bawa:

1- Tuala
2- Tuala kecil dan mangkuk air (jika nak tuam anak demam)
3- Tisu
4- Selipar
*(semua ni boleh mintak kat Hospital tapi memang kene bayar/caj masa keluar nanti. Insurans tak cover barang barang keperluan yang bukan untuk rawatan ye). Mohon bawak la sendiri dari rumah. Ala macam nak masuk homestay la kiranya. Hospital ni sediakan bilik dan rawatan sahaja ye. Semua benda lain die caj!Biasa diorang akan potong duit deposit masa mula mula masuk wad yang RM300 tu.

13) Bila nak masuk Hospital Panel nanti, anda akan kene isi borang tuntutan (Biasa Kaunter Hospital Tolong ISIKAN). Tolong bawak Kad Medical bersama...

14) Perlu diingat, ada masa dan ketika (SITUASI TERTENTU), GL anda di tolak dan anda perlu bayar sendiri dahulu (Walaupun anda tahu patutnya dapat masuk FREE). Ini adalah kerana Kes Admit Wad anda perlu untuk DISIASAT terlebih dahulu dan AIA ingin lihat apa full medical report dari Doktor sebelum buat keputusan kes ini FREE atau TIDAK DI COVER. Mungkin ada sakit lama yang tak declare, mungkin disiasat atas faktor kurang maklumat penyakit tersebut untuk buat keputusan dan mungkin juga, penyakit nak admit wad ini ada kaitan dengan penyakit lain yang ada dalam rekod perubatan...Nak buat macam mana, terpaksalah bayar dahulu. Tapi bukanlah setiap masa.....hanya kes tertentu yang AIA nak siasat sahaja ye.

15) Jika anda mengalami kemalangan dan sakit belakang atau sakit pinggang. Ini nasihat saya, sila maklum SECARA JELAS bahawa ini KEMALANGAN dan sentiasa beritahu Doktor merawat supaya meletakkan perkataan kemalangan dalam laporan beliau, kerana akhir akhir ini, banyak kes begini, doktor tulis = Back Pain or Slip Disc yang mana, kesannya ialah AIA tak cover sebab perlukan siasatan lebih lanjut. Padahal ini adalah kemalangan. Sedikit masalah teknikal begini kesannya begitu besar. Saya ulangi, JIKA KES SAKIT BELAKANG ATAU SAKIT PINGGANG, sila MAKLUMKAN SECARA JELAS DAN SEMAK MEDICAL REPORT DOKTOR untuk perkataan = Kemalangan ye! Jangan Back Pain atau Probably Slip Disc sahaja!

NASIHAT SAYA.....Jika anda baru sahaja ambil medical card bawah 2 tahun, sentiasalah MAKLUMKAN secara PERIBADI kepada DOKTOR yang merawat anda, bahawa Medical Card anda TAK SAMPAI DUA TAHUN...Mohon Pertimbangan yang bersesuaian ye Doktor :)

Tunggu....

Apakah Pengecualian yang boleh menyebabkan AIA Tak COVER atau Tak Bayar CLAIM anda?-penyakit sedia ada (existing condition)



Akhir sekali Pesanan saya:

Tanggungjawab anda adalah memastikan bayaran bulanan tak sangkut. Elakkan polisi lapse atau polisi expired....kalau lapse memang masalah. Boleh menyebabkan rekod kesihatan sebelum ni dah tak cover dan kene mohon baru semula (kene bayar deposit macam orang baru mohon). Kan dah rugi sangat sangat.....jangan cakap saya tak pesan ok!
Kalau anda cadang nak cancel Polisi anda sila hubungi saya. Jangan biarkan tak bayar sampai lapse. At least ambil balik duit investment yang ada dalam akaun investment medical card anda. Duit tu duit anda...jangan biarkan duit anda burn begitu sahaja kerana anda tak mahu lagi polisi tu. Saya tak ada masalah kalau anda nak stop polisi. Saya akan bantu anda dapatkan bahagian investment yang masih ada.


Semua maklumat adalah pendapat peribadi saya.  Dilarang untuk disebarkan kepada orang ramai.

Mohon semua customer saya jelas dan sentiasa berhubung dengan saya untuk Khidmat Nasihat. Semua Insurans bukan perfect, kita perlu faham apa yang cover dan tak cover. 

Target Kita Adalah untuk mempunyai POLISI yang berumur LEBIH DUA TAHUN!!!
Start Now....
Cara Nak Mohon Insurans Takaful atau Medical Card

Cara Nak Mohon Insurans Takaful atau Medical Card






Tahniah kepada anda kerana berminat dengan Pelan AIA Public Takaful iaitu insurans Takaful Terbaik di Malaysia ketika ini. Saya EKIN NASIR, Konsultan AIA Public Takaful. Biarlah saya berterus terang.
Harga bukan perkara utama bagi saya. Komisyen kita letak nombor dua. Yang penting, anda tahu apa yang anda ambil dan apa yang anda bayar. Saya cuba bantu anda sebaik mungkin dalam langkah langkah yang saya ringkaskan di bawah. Insha Allah dapat membantu anda buat keputusan tepat dalam mengambil insurans takaful untuk diri dan keluarga anda. 

5 Kelebihan Utama AIA Public Takaful ketika ini:

1- Islamic dan Patuh Syariah Sepenuhnya.
2- Had Keseluruhan Unlimited seumur hidup atau Life Time Unlimited.
3- Auto Renewal, Jaminan Perlindungan sehingga 100 tahun selagi polisi anda bayar dan tak lapse.
4- Fleksibel....boleh ubah dari Pelan individu jadi pasangan atau Pelan Famili. Boleh ubah dari bilik RM150 jadi RM250 atau lebih tinggi di masa hadapan DAN Rekod Polisi anda disambung! Wow!
5- Kad AIA Public Takaful ada function free Deposit. Hanya perlu SWIPE sahaja. Deposit RM300 ke RM500 tu tak payah bayar (Sila Call dulu Hospital Panel sebab ada hospital tak nak terima SWIPE, nak jugak pegang duit cash deposit anda. Apa boleh buat, dah polisi hospital macam tu. At least function Free SWIPE ada...try dulu tanya)

Langkah 1:
Mohon Quotation Harga

Jika Pelan Individu A-LifeLink-i:

Sila Whatsapp saya 6 maklumat:
- Nama Penuh
- No IC atau Tarikh Lahir
- Nama Penuh Jawatan Pekerjaan (CONTOH: Jangan Technician...bagi nama penuh jawatan = Technician aircond)
- Taraf Merokok Ya/Tidak
- Taraf Kesihatan Sekarang
- Bajet Sebulan
* Saya perlu key-in dalam Sistem AIA untuk lihat harga. Tak cukup maklumat, saya tak tau nak key-in apa. Harap faham situasi cara nak check harga tepat quotation anda.

Jika Pelan Famili atau Pelan Pasangan A-LifeLink-i:

Sila Whatsapp saya 9 maklumat:
- Nama Penuh Suami + No IC Suami
-Nama Penuh Jawatan Pekerjaaan Suami (CONTOH: Jangan Technician...bagi nama penuh jawatan= Technician aircond)
- Nama Penuh Isteri + No IC Isteri
- Nama Penuh Jawatan Pekerjaan Isteri
- Taraf Meroko Ya/Tidak
- Taraf Kesihatan Sekarang
- Bajet Sebulan
* Saya perlu key-in dalam Sistem AIA untuk lihat harga. Tak cukup maklumat, saya tak tau nak key-in apa. Harap faham situasi cara nak check harga tepat quotation anda.


Tunggu !!!!!!!

Apa lagi yang saya perlu tahu untuk dapatkan spec terbaik untuk pelan medical card saya? Apa pertimbangan Rider yang saya perlu buat? 

1- Sum Cover atau Pampasan Nyawa atau Pampasan Kematian

- biasanya saya letakkan minimum RM100K
- Namun yang terbaik adalah anda rancang sebab nilai ini membantu waris/isteri/anak2 jika berlaku kematian anda supaya mereka boleh survive dengan pampasan yang anda tinggalkan.
- Contoh: katakan gaji anda RM3K sebulan. Maka sebaiknya pampasan sum cover = 3k X 3 tahun = RM108K. At least waris anda yang dah biasa survive dengan bajet ikut gaji anda, boleh hidup dalam masa 3 tahun dan mulakan hidup baru dan cari pekerjaan tanpa hidup melarat dan susah. So anda buat sum cover anda RM100K genap. Jika anda dah kira kesesuaian sum cover anda, sila whatsapp saya.

Ada juga orang kira untuk nilai sum cover ini berdasarkan:

Sum Cover = (Hutang Sedia ada) + (Gaji Bulanan X 3 tahun)
Contoh: 
Hutang Sedia Ada =  Loan Kereta Baki RM30K + Personal Loan RM70K + Credit Card RM8K= RM108K
* Loan Rumah tak kira sebab biasanya dah ada MRTA atau MLTT yang cover baki loan rumah(sila semak status MRTA berapa peratus dan adakah SNP dua nama atau satu).
Gaji Bulanan X 3 tahun = RM3K X 12 X 3 - RM108K
Total Keperluan Sum Cover = RM216K


Setiap orang berbeza keperluan Sum Cover. individu lain, Pasangan Lain, Ada anak lain sebab bila ada anak, faktor pendidikan anak pun nk kira contohnya (anggaran):



Kos Pendidikan Seorang Anak di IPTA awam bidang engineering =  RM3500 X 8 semester = RM28K
Kos Pendidikan Seorang Anak di IPTS awam bidang engineering =  RM11500 X 8 semester = RM92K

2-  Rider Harga bilik dan had tahunan

- Biasanya saya letak RM200
- Namun, jika anda ada pengalaman atau anda memang mahukan bilik yang lebih selesa, anda boleh maklumkan pada saya kehendak anda. Bilik ada 150, 200, 250, 300, 400 dan 500.
- Apa beza harga bilik murah dan mahal? Pilih bilik mahal, harga bayaran bulanan pun jadi lebih tinggi.
- Harga bilik memberi kesan kepada had tahunan. Contoh, bilik RM200 had tahunan RM125K, bilik RM250 had tahunan RM150K dan seterusnya...
- Ada juga berpendapat, tak apa pilih bilik murah sebab sakit bukan selalu, silap silap 2-3 tahun baru pakai 2 hari, jadi perbezaan katakan harga bilik RM180 tapi kelayakan RM150 (beza harga RM180-150= RM30 perlu bayar sendiri) masih dianggap dalam kemampuan nak bayar. Yang penting bil rawatan ribu ribu tu yang perlukan medical card tanggung kan.
-  Ada juga yang guna strategi, pilih bilik RM150 tapi tambah A-Plus MedBooster-i untuk jadikan had tahunan kepada RM1.25juta berbanding hanya RM100K. Sila rujuk item no.6 di bawah.

3- Rider Pampasan kemalangan (A-Plus Total AccidentShield-i)

- Jika anda memang bekerja secara berisiko, contohnya setiap hari ulang alik dengan motorsikal. Anda bekerja di persekitaran yang berkemungkinan tinggi akan kemalangan. Anda terlibat dengan mesin berbahaya. Anda terdedah kepada letupan dan kebakaran....
- Anda boleh setkan pampasan kemalangan. Jangan lupa harga insurans bertambah tinggi ye.
- Saya biasa setkan RM50K Jika diminta letak. Namun jika anda spesifik nilai tertentu, saya ikut kehendak anda.
- Jika satu anggota yang cedera kekal, anda dapat pampasan ikut peratusan tertentu...yang RM50K tu jika kemalangan kecederaan yang ultimate hehe...iaitu mati! Kecederaan kemalangan yang lain rendah lah dari 30K tu...sebab tu saya letak minimum RM30K.
- Kalau anda rasa anda perlu lebih, 100K ke 150k ke, sila maklumkan pada saya.

4- Rider Pampasan penyakit kritikal A-Plus CriticalCare-i dan A-Plus Early CriticalCare-i) dan A-Plus Multi CriticalCare-i

- Saya memang tidak recommend customer saya ambil melainkan mereka memang ada bajet banyak dan tak kisah bayar lebih dan keperluan risiko penyakit kritikal memang tinggi.
- Ada 3 rider penyakit kritikal yang boleh dipilih. Anda perlu faham apa yang dicover dan kenaikan harga polisi yang anda perlu tanggung untuk pilih rider ini.

A-Plus CriticalCare-i
- Anda kena faham, pampasan ini hanya akan dibayar jika anda mendapat mana mana 36 penyakit kritikal pada tahap 4 atau stage  terakhir. Jika peringkat awal dan pertengahan, pampasan tak dibayar.
- Rawatan untuk penyakit kritikal, TELAH di cover oleh medical card anda. Tunggu sampai penyakit anda sampai stage 4 dan dah nazak, barulah anda dapat pampasan ini. Rasanya pada masa tu, duit pampasan dah tak beri apa apa makna. Anda hanya perlukan rawatan yang berterusan (Medical Card dah cover, tak perlu Rider Pampasan Penyakit Kritikal).
- Jadi apa kelebihan rider ini?
= Kalau anda sakit kritikal tapi nak guna duit pampasan nyawa (sum cover), jadi inilah tujuannya. Contoh, anda disahkan doktor menghidap penyakit kritikal yang tahapnya teruk atau tahap empat, rawatan di cover oleh Medical Card tapi kos perjalanan ulang alik hospital yang jauh, makan minum, belanja ubat ubat dan alatan sokongan yang tidak di cover medical card, anda perlukan cash yang banyak. Kalaulah pampasan rider A-Plus CriticalCare-i sebanyak RM50K ada, pastinya banyak membantu dalam proses pemulihan anda (Perlu tahu, A-Plus CriticalCare-i berkongsi nilai yang sama dengan Sum Cover. Jika anda claim, nilai Sum Cover akan berkurang dan ditolak baki).

A-Plus Multi CriticalCare-i
- Jika anda merasakan anda ingin dilindungi lebih dari satu penyakit kritikal, ini adalah rider yang bagus.
- Untuk kes kanser pula, boleh cover 2 jenis cancer berbeza. Contoh yang pertama kanser paru paru, dan yang kedua kanser otak.

A-Plus Early CriticalCare-i
- Ini adalah perlindungan penyakit kritikal yang lebih komprehensif dan semestinya harga yang lebih tinggi kan hehehe.
- Anda dilindungi daripada tahap awal hingga tahap teruk. Ada pecahan peratusan dan rider ini tidak berkongsi dengan nilai sum cover polisi anda.

Jadi Rider Penyakit Kritikal Mana yang sesuai dengan anda?
Pertimbangan perlu dibuat:
1- Adakah anda berisiko dapat penyakit kritikal? (faktor keluarga, taraf merokok, sakit sedia ada, berat badan)
2- Bajet ada lebih tak? 
3- Adakah keluarga anda boleh survive kalau anda disahkan doktor menghidap penyakit kriitkal?

5- Rider Elaun harian masuk wad (A-Plus HospitalIncome Extra-i)

- Ini satu lagi rider yang saya sangat sangat tak recommend jika tiada keperluan. 
- Kenapa saya tak recommend? Cuba anda fikir, cerita manis ejen adalah, jika anda sakit anda diberi wang. Anda disogokkan cerita bagaimana demam 7 hari dengan setiap hari dapat elaun RM200, bermakna anda dapat elaun RM1400...wow!
Cuba fikir secara waras...dalam dunia ni mana ada free? Anda fikir syarikat insurans nak buat kebajikan dengan bayar anda beribu ribu ringgit? Biar betul.....
Sebenarnya duit ini datang daripada caruman bulanan dan duit investment anda! Samada anda ada claim atau tak elaun tersebut, sebahagian duit daripada bahagian investment anda akan dipotong. Sikit sikit lama lama jadi bukit....lepas 10 tahun....tinggal la seciput duit investment anda hahahaha....kesian.....
Namun, untuk kes kes dimana nilai elaun harian ini memberi kesan kepada pendapatan anda, rider A-Plus HospitalIncome Extra-i ini sangat sesuai tapi pilihlah nilai elaun yang memberi impak kepada gantian pendapatan anda. Anda decide ok.

6- Rider MedBooster-i (A-Plus MedBooster-i)

- Katakan anda memang ada duit lebih dan tak kisah bayar lebih untuk medical card anda. Rider apa yang patut saya tambah?
- Baiklah tuan, saya sangat sangat recommend A Plus MedBooster-i sebab ia menaikkan had tahunan kepada RM1.25juta setahun walaupun bilik anda murah.
- Biarlah bayar lebih dan dapat manfaat had tahunan sampai berjuta (bukan lebih mana pun, tambah sikit jer).
- Bagi orang yang latar belakang keluarga banyak penyakit berbahaya, rider ini memang sangat membantu. Anda tak sama dengan orang lain kan?
- Saya sangat sangat recommend....terbaikkk bos...value for money 

7- Tempoh Investment

- Jangan keliru ya. Tempoh investment bukan tempoh insurans anda. Insurans anda tetap auto renew sehingga 100 tahun dan selagi anda bayar polisi.
- Tempoh investment menjadikan harga polisi tetap. Bila tamat tempoh, maka harga akan naik kerana tiada bahagian investment nak support supaya harga polisi jadi TETAP.
- Biasa saya set 65 Tahun (jika Bangsa Melayu/India dan 80 Jika Cina)
- Anda boleh lihat latar belakang keluarga anda, arwah datuk, nenek, mak atau ayah, umur berapa semasa meninggal dan bandingkan gaya hidup anda. Anda yang putuskan.
- Jangan risau jika anda pun tak pasti, anda boleh pilih pendek, setahun sebelum tamat, anda boleh isi borang mohon tambah tempoh.
- Pilihan tempoh yang ada (Sustainable to) Year 30, Age 65, Age 80 , Age 100 tahun. Ada orang ambil 30 sebab nak ambil sementara sahaja. Nanti ade bajet/gaji stabil baru nak ambil penuh 65 tahun.

8- Rider Waiver (A-Plus WaiverExtra-i)

- Jika bajet lebih, rider waiver sangat penting. Tapi lihat situasi anda. Jika anda adalah satu satunya penyumbang pendapatan keluarga, adalah amat penting rider WaiverExtra-i.
- Saya hanya akan letak atas permintaan anda. Rider WaiverExtra-i ini akan menjadikan polisi jadi FREE untuk keluarga anda jika berlaku kematian kepada anda. Harga lebih sikitlah, macam insurans atas insurans kan?

Eh, Kejap !!!!!!!



Berapa anggaran Bajet nak bagitau? Saya takde experience bajet ni..
 

- Saya letakkan secara kasar...bukan tepat ye...yang tepat kene key-in info anda dulu...
- Jadi janganlah bagitau saya, Bajet anda RM69 hihihihi...itu memang dah lali saya dapat reply. Memang tak masuk akal....
 

Anggaran Pelan Individu(tanpa rider):
Umur 1-24   tahun: RM160-180 sebulan
Umur 25-34 tahun: RM180-240 sebulan
Umur 35-45 tahun: RM250-300 sebulan
Umur 46-65 tahun: RM300-500 sebulan
 

Anggaran Pelan Famili (cover 6 orang:suami,isteri, 4 anak) dan tanpa rider: 
Umur 21-24 tahun: RM300-350 sebulan
Umur 25-34 tahun: RM360-500 sebulan
Umur 35-45 tahun: RM500-700 sebulan
Umur 46-65 tahun: RM700-900 sebulan 


 

Contoh 1
Guru Cikgu AIA Public Takaful
Guru AIA Public Takaful
Seorang Guru Gaji RM3K nak tanya harga untuk Pelan Famili...sila whatasapp saya:

Nama Penuh Suami + No IC Suami = Mohd Ali bin Abu 801811015105
- Nama Penuh Jawatan Pekerjaaan Suami = Guru Sekolah Menengah
- Nama Penuh Isteri + No IC Isteri = Aminah binti Hassan 820507051102
- Nama Penuh Jawatan Pekerjaan Isteri = Surirumah
- Taraf Merokok Ya/Tidak = Dua dua tak merokok
- Taraf Kesihatan Sekarang = Tiada penyakit
- Bajet Sebulan = RM500
- Saya mahu Sum Cover RM100K, Harga Bilik RM200, Saya ada bajet lebih jadi saya nak A-Plus MedBooster-i , tempoh 65, Waiver

* Jika anda telah decide apa yang anda mahu, senang saya key-in dan beritahu harga tepat kepada anda. Beresss bossss......

Contoh 2
Off Shore Engineer AIA Public Takaful
Off Shore Engineer AIA Public Takaful
Seorang Jurutera Offshore Gaji RM10K nak tanya harga untuk Pelan Famili...sila whatasapp saya:

Nama Penuh Suami + No IC Suami = Mohd Ali bin Abu 801811015105
- Nama Penuh Jawatan Pekerjaaan Suami = Mud Engineer
- Nama Penuh Isteri + No IC Isteri = Aminah binti Hassan 820507051102
- Nama Penuh Jawatan Pekerjaan Isteri = Surirumah
- Taraf Merokok Ya/Tidak = Suami merokok, Isteri tak merokok
- Taraf Kesihatan Sekarang = Tiada penyakit
- Bajet Sebulan = RM1000
- Saya mahu Sum Cover RM300K, Harga Bilik RM200, Saya ada bajet lebih jadi saya nak A-Plus MedBooster-i, tempoh 80
 

Langkah 2: 
Sediakan dokumen

- Salinan IC depan satu gambar, IC belakang satu gambar berasingan (Boleh Whatsapp 014-7324987- Gambar perlu terang dan jelas). Anda boleh letak atas meja dan snap guna HP anda. Snap gambar  secara tegak ye.
- Jika permohonan keluarga, sila snap IC anda, isteri dan MyKid anak-anak anda.


Langkah 3: 
Isi Borang Medical Card AIA Public Takaful

- Jika Serius untuk mohon, Saya akan berikan borang....sila Whatsapp saya EKIN NASIR 0147324987
PEMBAYARAN PERMULAAN BOLE MELALUI DEDUCTION DEBIT KAD/KREDIT KAD
- Polisi akan berkuatkuasa apabila AIA menerima deposit dari Anda (Walaupun buku polisi dan kad akan siap dalam masa sebulan).


Berminat?

Anda decide apa yang anda perlu. Saya hanya sediakan quotation harga untuk anda. Jika anda perlu kurangkan bajet, sila maklumkan pada saya untuk kurangkan mana mana spec supaya matching bajet anda. Tak guna nak spec tinggi tinggi tapi tak ada duit nak bayar kan? Saya Konsultan anda bukan Ejen anda. Saya cuba matchkan Kehendak VS Keperluananda. Terbaikkk bossss....


Whatsapp SEGERA EKIN NASIR 0147324987

Servis Terbaik, Tiada Selindung dan Telus....Insha Allah

Prubsn Takaful Agent © . Designed by MaisarahSidi.com