SITUASI PENGECUALIAN YANG TAKAFUL TIDAK COVER - Prubsn Takaful Agent Prubsn Takaful Agent: SITUASI PENGECUALIAN YANG TAKAFUL TIDAK COVER

1 March 2016

SITUASI PENGECUALIAN YANG TAKAFUL TIDAK COVER



Pengecualian: KEMATIAN, CACAT KEKAL MENYELURUH, PENYAKIT KRITIKAL DAN KEMALANGAN yang TAKAFUL TIDAK COVER

  • Kematian :Jika kematian disebabkan bunuh diri pada tahun pertama sijil,  tiada perlindungan takaful akan dibayar, tetapi nilai  baki di dalam akaun saving (nilai tunai) akan dibayar.
  • Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh


  1. Percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman.
  2. Mengambil bahagian dalam penerbangan udara termasuk penerjunan berpayung danpenerjunan udara selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayartambang di atas kapal terbang membawa penumpang komersial yang berlesen danberoperasi dalam laluan yang berjadual.
  •  Penyakit Kritikal
  •  Penyakit disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh  Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau sebarang jangkitan  Virus Human Immunodeficiency (HIV) , kecuali  bila AIDS adalah "Full Blown" atau disebabkan pemindahan darah.
  • Kemalangan
  1. Penglibatan dalam aktiviti  sukan profesional, penyelaman skuba, sebarang jenis perlumbaan, penerbangan udara selain daripada sebagai anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang, di atas kapal terbang komersial berlesen yang membawa penumpang dan beroperasi secara berjadual mengikut laluan biasa, atau sebarang aktiviti  atau sukan merbahaya (termasuk penerjunan lelabah, geluncur angin, menaiki belon panas, penerjunan payung terjun dan penerjunan udara), melainkan kami memberi persetujuan melalui endorsan khas.
  2. Mengambil dadah atau narkotik selain daripada yang ditetapkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  3. Mana-mana pelanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau menentang penahanan.
  4. Cubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa  siuman atau tidak siuman.
  5. Kehamilan, kehamilan sekarang dan sebelumnya (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan dan apa juga pembedahan atau  prosedur  bukan  pembedahan ke atas  sistem  peranakan wanita ketika  pembedahan  untuk  kelahiran),  keguguran,menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.
  6. Ketidaksempurnaan fizikal atau mental atau keuzuran, yang sedia ada
  7. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan.

No comments:

Post a Comment

Prubsn Takaful Agent © . Designed by MaisarahSidi.com