RIDER
A-Plus Disability Cash-i (APDH)
Rider ini memberi perlidungan semasa anda MENANGGUNG KEHILANGAN UPAYA sebelum mencapai umur 70 tahun. Satu Nilai CASH bayaran TAHUNAN akan diberi kepada anda. Nilai CASH tahunan tersebut, anda yang tentukan sendiri semasa apply polisi takaful. Rider perlindungan ini penting di saat anda menanggung kehilangan upaya KERANA melalui Nilai CASH tahunan ni lah yang akan menjadi GAJI @ ELAUN anda untuk menyara hidup hari-hari.
A-Plus CriticalCare-i (APCC)
Rider ni pula melindungi anda semasa MENGHADAPI PENYAKIT KRITIKAL tahap 3 dan 4. Terdapat 36 penyakit kritikal yang dilindungi AIA Public Takaful seperti di bawah.
- Koma
- Lumpuh
- Kanser
- Strok
- Serangan jantung
- Penyakit Arteri Koronari
- Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
- Pengantian Injap jantung
- Pembedahan Aorta
- Kardiomiopati
- Ensefalitis
- Tumor Otak Benigna
- Meningitis Bakteria
- Penyakit Neuron Motor
- Penyakit Parkinson
- Penyakit Aizheimer
- Poliomielitis
- Sklerosis Berbilang
- Sindrom apalik
- Hilang keupayaan Diri
- Hilang Perlihatan
- Hilang pendengaran
- Hilang pertuturan
- Anemia Aplastik
- Trauma Kepala Utama
- Luka Terbakar teruk
- Pemindahan Organ utama
- Kegagalan Buah pinggang
- Penyakit hati kronik
- Hepatatis Virus Fulminan
- Angioplasti
- Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
- Pembedahan Otak
- Lumpuh Paraplegia
- Penyakir paru paru kronik
- Distrofi otot
Perlindungan penyakit ini sehingga anda berumur 100 tahun. Rider penyakit kritikal ini penting KERANA disinilah anda akan mendapat satu bentuk PAMPASAN @ sumbangan dari pihak AIA Public Takaful disebabkan anda mengalami penyakit kritikal.
Kenapa perlu ada Rider ni?
Kalau kita lihat di akhbar-akhbar atau TV sendiri, rancak berlakunya iklan penjagaan kesihatan seperti Jantung, Hati dan sebagainya. Statistik menunjukkan ramai rakyat Malaysia menghidapi penyakit kritikal tidak kira tua mahupun muda disebabkan keturunan ataupun makanan tidak seimbang yang diambil oleh kita sendiri. Kemungkinan ANDA sendiri menghadapi PENYAKIT KRITIKAL adalah TINGGI. Disaat anda menghadapi penyakit kritikal, rutin harian anda akan terganggu. Tahap Kerja anda tidak memuaskan, anda harus berjumpa doktor dengan kerap dan disaat inilah anda akan terfikir bagaimana aku meneruskan kehidupan aku dan keluarga jika TIADA pendapatan yang berterusan disisi. Pada waktu itu, dengan PAMPASAN @ sumbagan pihak takaful inilah yang mengurangkan kerunsingan anda.
A-Plus WaiverExtra-i (APWE)
Rider ini amat penting untuk anda meneruskan perlindungan Takaful anda. Waiver ni perumpamaannya seperti motor yang bergerak dengan sendiri tanpa ada manusia yang menggerakkannya. Ianya bergerak dengan sendiri sekiranya anda menghidap mana-mana 35 PENYAKIT KRITIKAL atau HILANG UPAYA sebelum umur 70 tahun. Jika sebelum ini ketika anda sihat, membayar Takaful dengan konsisten setiap tahun, tetapi tiba-tiba diberi dugaan menghadapi penyakit kritikal @ hilang upaya, saat dimana anda tidak mampu lagi membayar Takaful seperti biasa akibat tiada pendapatan, anda tidak perlu risau. Dengan automatik, motor akan bergerak sendiri. Anda tidak perlu lagi membuat pembayaran polisi Takaful anda. Takaful akan terus mengaktifkan polisi anda supaya anda mendapat perlindungan berterusan.
A-Plus MultiCriticalCare-i (APMCC)
Rider ini melindungi Pelbagai PENYAKIT KRITIKAL tahap 3 dan 4 sehingga anda berumur 85 tahun. AIA Public Takaful akan membuat bayaran sekaligus Jumlah APMCC yang dilindungi kepada anda setakat 3 peristiwa penyakit kritikal daripada 36 jenis penyakit kritikal. Jika APCC melindungi anda dari salah satu penyakit kritikal, APMCC melindungi anda lebih daripada satu penyakit kritikal, maximum 3 jenis. Dengan syarat:
- Penyakit kritikal adalah berlainan jenis dan bukan dari kumpulan penyakit kritikal yang sama KECUALI kanser dimana hanya 2 tuntutan kanser yang berlainan dikira.
- Tuntutan antara penyakit kritikal memerlukan tempoh tangguh selama setahun.
- Dalam tuntutan kanser kedua, diagnosisnya mesti lebih 5 tahun dari diagnosis kanser pertama.
A-Plus Early CriticalCare-i (APECC)
Rider ni pula melindungi anda semasa MENGHADAPI salah satu PENYAKIT KRITIKAL tahap 1 dan 2 iaitu pada tahap awal yang tidak serius. Jika anda didiagnos pada peringkat awal penyakit kritikal, anda sudah boleh membuat tuntutan kepada pihak takaful. Namun sekiranya, anda didiagnos penyakit kritikal bukan pada tahap awal,iaitu lebih parah, anda juga boleh membuat tuntutan dengan syarat seperti berikut:
- Keparahan Ringan - 30% jumlah rider
- Keparahan Sederhana - 60% jumlah rider
- Keparahan Serius - 100% jumlah rider
- Penyakit Berkaitan Diabetik - 20% @ 100% jumlah rider
A-Plus GenNext-i (APGN)
Rider ini hanya terbuka khas kepada generasi yang berumur 18 tahun - 35 tahun. Perlindungannya sehingga anda berumur 50 tahun.
Antara perlindungan APGN:
- Faedah cabaran Kesihatan
- Faedah cabaran Perubahan hidup
- Faedah Perlindungan tambahan
Jikalau juga anda alami kanser peringkat awal atau penyakit berkaitan jantung peringkat awal, AIA Public Takaful akan bayar elaun bulanan sebanyak 2% dari jumlah rider, sehingga 6 bulan. Tempoh menunggu adalah 60 hari. Anda juga mesti hidup sekurang-kurangnya 30 hari selepas diagnosis untuk layak terima faedah rider ini. Bilangan maksimum tuntutan 4 kali dalam jangka rider ini.
Ada lagi, jika anda alami kehilangan anggota akibat kemalangan @ didiagnos mana-mana satu daripada 35 penyakit kritikal , jumlah rider akan dibayar.
Senarai hilang anggota akibat kemalangan:
- Hilang Penglihatan sebelah atau kedua-dua mata menyeluruh & kekal
- Hilang atau hilang fungsi satu atau dua anggota tangan dan kaki menyeluruh & kekal
- hilang pertuturan dan pendengaran menyeluruh & kekal
- Ketidaksiuman kekal dan tak dapat dipulihkan
- lumpuh menyeluruh & kekal
A-Plus Med-i (APM)
Sila rujuk halaman Medikal Kad
A-Plus Hospital Income Extra-i (APHIE)
Rider ini merupakan satu elaun pendapatan yang anda dapat sekiranya diwadkan di hospital. Anda boleh menetukan berapa jumlah elaun yang akan diberi kepada anda untuk sehari dalam hospital sama ada RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM350 atau RM400. Contoh, jika anda memilih elaun hospital RM150 sehari, dan sekiranya 4 hari anda berada dihospital, 4hari x RM 150 = RM 600 adalah jumlah elaun yang boleh anda tuntut daripada pihak AIA Public Takaful.
Rider ini wujud untuk membolehkan anda mendapat pendapatan harian walaupun anda tidak bekerja kerana diwadkan di hospital.
A-Plus Total Accident Shield-i (APTAS) dan A-Plus Accident Shield-i (APAS)
Rider ini memberi perlindungan kepada anda akibat KEMALANGAN.
Contoh2 kecederaan akibat Kemalangan adalah :
- Kehilangan Nyawa
- Hilang penglihatan satu @ kedua-dua mata menyeluruh & kekal
- Hilang @ hilang fungsi satu @ dua anggota tangan @ kaki menyeluruh & kekal
- Hilang pertuturan & pendengaran menyeluruh & kekal
- Ketidaksiuman kekal dan tak dapat dipulihkan
- Kelumpuhan menyeluruh & kekal
- Hilang @ hilang fungsi jari tangan @ jari kaki menyeluruh & kekal
dan sebagainya..
Anda boleh menuntut apa jua jenis kecederaan sama ada kecederaan ringan ataupun kecederaan parah yang berlaku kepada anda kepada pihak Takaful dengan syarat memberikan bukti surat doktor.
Bak kata pepatah, MALANG tidak berbau. Baik di dalam rumah mahupun diluar rumah, anda pasti terdedah kepada risiko kemalangan. Terkena minyak panas, jatuh tangga, patah tangan, jatuh basikal, jatuh pokok, jatuh lantai lincin, terseliuh dan sebagainya. Rider ini memberi opsyen untuk anda menuntut perlindungan takaful sekiranya ditimpa kemalangan.
Perbezaan antara APTAS & APAS
No comments:
Post a Comment